Irfan Bakti tagih aura Stadium Negeri

Irfan Bakti FOTO: KUCHING CITY FC
Irfan Bakti FOTO: KUCHING CITY FC
A
A
A

KUCHING City FC akan kembali beraksi selepas menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu dengan pengendali, Irfan Bakti Abu Salim mengharapkan barisan pemain akan terus komited mengharungi perlawanan walaupun tahap kecergasan sedikit terkesan susulan jadual padat.

Biarpun begitu, Irfan Bakti percaya aksi yang berlangsung di Stadium Negeri dapat membantu mengurangkan kepenatan pemain.

“Pasukan akan lebih berhati-hati dalam menjaga SOP dalam kalangan pemain serta pegawai selepas apa terjadi. Kami harap insiden sama tidak akan berulang lagi bagi memastikan kelancaran perlawanan Liga Malaysia serta mampu ditamatkan semua perlawanan.

“Mengenai jadual baharu perlawanan, biarpun jarak aksi yang akan diharungi nanti agak rapat dengan hanya berehat selama tiga ke empat hari namun kami akan lalui semua aksi di laman sendiri.

“Jadi saya harap situasi ini sedikit sebanyak boleh membantu pasukan dalam harungi 10 baki perlawanan serta memperbaiki kedudukan semasa Kuching di Liga Premier,” katanya.

Pindaan jadual Liga Malaysia (Liga-M) dilakukan selepas tujuh perlawanan Liga Premier melibatkan Kuching City terpaksa ditunda susulan terdapat kes positif Covid-19 dalam pasukan tersebut.

Sementara bagi Liga Premier, aksi ke-18 berlangsung pada 15 Ogos dan pindaan berlaku pada perlawanan ke-19 sehingga 22 di mana ia akan berlangsung pada 20 Ogos sehingga 18 September.

Artikel Berkaitan: