SPRM akan temui seorang lagi ahli Parlimen DAP

Azam Baki
Azam Baki
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertemu seorang lagi ahli Parlimen pembangkang di Perak berhubung dakwaan ditawarkan rasuah seperti wang dan jawatan untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, setakat ini pihaknya sudah menemui tiga ahli Parlimen daripada DAP bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai dakwaan tersebut.

"Akan ada seorang lagi ahli Parlimen di Perak akan kita jumpa dan bertanya berkenaan mesej yang diterimanya itu.

"SPRM akan menjalankan siasatan dan kita akan bertemu dengannya dalam masa terdekat," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sementara itu, menurut sumber, individu yang dimaksudkan itu ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh.

Sumber berkata, tiga ahli Parlimen yang telah ditemui SPRM berkenaan dakwaan ditawarkan sejumlah wang dan jawatan bagi menyokong PN ialah Khoo Poay Tiong (Kota Melaka), M Kula Segaran (Ipoh Barat) dan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (Kuching).

Pada Sabtu, Kula Segaran yang merupakan bekas Menteri Sumber Manusia mendakwa ditawarkan jawatan sebagai menteri dan sejumlah wang supaya menukar sokongan kepada kerajaan PN.

Kula Segaran mendakwa, tawaran yang turut melibatkan ganjaran lain itu diterima melalui aplikasi WhatsApp di telefon bimbit setiausaha sulitnya, Jeremy Chuah.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, individu sama juga pernah cuba menghubunginya menerusi panggilan telefon namun tidak dilayan, sebelum bertindak menawarkan tawaran tersebut melalui Jeremy.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa ditawar wang, jawatan menteri: SPRM akan panggil Kula Segaran

Pemilik nombor telefon tawar 'Durian RM30' belum dikenal pasti