Simpang Persiaran Lebuh Puteri ditutup sementara 20 Ogos

Nyuk Kiong (kiri) menunjukkan pelan penutupan simpang empat semasa pembinaan terowong di Lebuh Puteri kepada Sze Han di IOI Galleria @ Puchong, di sini pada Selasa.
Nyuk Kiong (kiri) menunjukkan pelan penutupan simpang empat semasa pembinaan terowong di Lebuh Puteri kepada Sze Han di IOI Galleria @ Puchong, di sini pada Selasa.
A
A
A

PUCHONG - Simpang empat di Persiaran Lebuh Puteri, Bandar Puteri Puchong, di sini akan ditutup pada 20 Ogos ini bagi memberi laluan kepada pembinaan projek terowong ‘underpass’.

Projek yang menelan kos sejumlah RM70 juta itu bermula tiga tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han berkata, sehingga kini pembinaan oleh IOI Properties itu siap 60 peratus membabitkan jalan dari Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) hingga ke Bandar Puteri Puchong.

Menurutnya, pemaju menerima cadangan daripada wakil penduduk untuk membuat dua pusingan U di kedua-dua arah dengan jarak 500 meter daripada kawasan yang ditutup iaitu hadapan Kelab The Cube dan stesen minyak Petronas Lebuh Puteri.

“Penduduk terutama di Puteri 9, 10. 11, 12 dan penghuni apartmen sekitarnya juga perlu menggunakan Jalan Laman Puteri sebagai jalan alternatif untuk keluar daripada kawasan tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat oleh pihak pemaju di IOI Galleria @ Puchong, di sini pada Selasa.

Nyuk Kiong (kiri) bersama Sze Han (dua dari kanan) di kawasan pembinaan terowong di simpang empat Lebuh Puteri, Bandar Puteri Puchong di sini pada Selasa.
Nyuk Kiong (kiri) bersama Sze Han (dua dari kanan) di kawasan pembinaan terowong di simpang empat Lebuh Puteri, Bandar Puteri Puchong di sini pada Selasa.

Hadir sama, Pengurus Besar Kanan IOI Properties Group Sdn Bhd, Chung Nyuk Kiong.

Dalam pada itu, Sze Han berkata, kemudahan untuk pejalan kaki dan lintasan zebra juga akan dibina setelah terowong tersebut siap bagi memudahkan penduduk berjalan kaki ke kawasan komersial di sekitarnya.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, inisiatif tersebut merupakan objektif utama bagi menjadikan bandar mesra pejalan kaki yang selamat untuk penduduk berjalan kaki.

“Kita ingin menggalakkan penduduk berjalan kaki kerana lebih sihat, mengurangkan pelepasan karbon ke udara dengan mengurangkan jumlah kenderaan atas jalan raya.

“Hanya sekitar 500 meter diperlukan oleh penduduk untuk berjalan kaki ke kawasan komersial di sini namun dalam keadaan sekarang penduduk tidak boleh berbuat demikian kerana mereka berasa tidak selamat.

“Jadi kita bekerjasama dengan pihak pemaju untuk mencipta kemudahan dan persekitaran yang selamat,” katanya.