Bakar diri selepas pedati dirampas

Gambar fail menunjukkan sebuah teksi menunggu pelanggannya di Casablanca. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan sebuah teksi menunggu pelanggannya di Casablanca. - Foto AFP
A
A
A

RABAT - Seorang lelaki muda Maghribi meninggal dunia selepas dia membakar dirinya sendiri dalam satu protes selepas beberapa pegawai merampas pedatinya di bandar dekat Casablanca, kata saudara kandungnya kepada AFP pada Isnin.

Yassine Lekhmidi, 25, yang merupakan seorang pemandu teksi tidak berlesen meninggal dunia kerana kecederaannya di sebuah hospital di kota ekonomi negara Utara Afrika itu pada Sabtu selepas membakar dirinya pada 28 Julai lalu, kata saudara kandungnya, Ahmed Lekhmidi.

Beliau berkata, Yassine membakar dirinya di Sidi Bennour sebagai protes terhadap rampasan pedatinya.

AFP tidak dapat mengesahkan maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa Maghribi itu.

Ahmaed Lekhmidi berkata, keluarganya menuntut satu siasatan dilakukan.

Sejumlah orang melakukan tunjuk perasaan di Sidi Bennour pada Isnin untuk menuntut keadilan buat Yassine, menurut satu video yang ditunjukkan oleh media tempatan.

Maghribi telah menyaksikan beberapa kes berhubung masalah ekonomi apabila penduduknya sanggup membakar diri sebagai jalan terakhir. - AFP

Artikel Berkaitan: