X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Ahli Parlimen Jerantut, Cameron Highlands tegas ikut keputusan MKT

Ramli dan Ahmad Nazlan
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor mengulangi pendirian mereka berpegang teguh kepada keputusan yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk menarik sokongan.

Menurut Ahmad Nazlan, beliau membuat kenyataan semula bagi mengelakkan anggapan sesetengah pihak bahawa beliau telah mengubah pendirian.

Beliau turut memaklumkan sudah menulis surat akuan untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai dan akan mengotakan janjinya.

“Saya mengikut keputusan MKT UMNO pada 7 Julai lalu iaitu menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya berharap tiada lagi pihak yang menggunakan nama saya bagi mengelirukan pihak lain,” katanya dalam satu sidang akhbar pada malam Ahad.

Pada 7 Julai lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, susulan kegagalan kerajaan memenuhi aspirasi rakyat, parti itu membuat keputusan menarik balik dan menamatkan sokongan serta-merta kepada Muhyiddin.

Sementara itu, Ramli juga tetap mengikut keputusan parti dan akan terus bersama UMNO.

“Saya telah dilantik dan telah diundi sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands. Saya akan terus bersama UMNO dan akan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Sebelum ini, kedua-duanya pernah membuat kenyataan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan PN.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!