Pegawai polis curi dan jual semula 11 pucuk pistol

Pegawai terbabit mencuri pistol tersebut di stor simpanan senjata.di Ayutthaya pada Disember lalu.
Pegawai terbabit mencuri pistol tersebut di stor simpanan senjata.di Ayutthaya pada Disember lalu.
A
A
A

BANGKOK - THAILAND . Seorang pegawai berpangkat koperal ditahan selepas didapati mencuri dan menjual semula 11 pucuk pistol milik jabatan polis di pasaran gelap.

Santi Jabthian didakwa melakukan kesalahan itu pada Disember lalu.

Menurut jurucakap polis, Santi menyeludup keluar kesemua pistol itu dari stor simpanan senjata di Ayutthaya.

Polis percaya, Santi bertindak sendirian.

Susulan itu, Santi telah dipecat serta-merta dan bakal dibicarakan di mahkamah atas tuduhan pecah masuk premis dan mencuri.

Kes berkenaan terbongkar selepas polis di Wang Thong Lang di pinggir Bangkok menahan Arthit Harnpanitchakit kerana memiliki dan membawa pistol tanpa permit.

Pemeriksaan lanjut mendapati, pistol yang dibawa pemuda berusia 25 tahun itu mempunyai lambang polis.

"Setelah diperiksa, ia adalah pistol sama dilaporkan hilang di Ayutthaya," kata polis.

Artikel Berkaitan:

Polis kini giat mengesan baki pistol yang hilang. - Agensi