Pencuci kereta didakwa pukul isteri

Pencuci kereta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan isterinya dengan memukul menggunakan topi keledar dan pengunci besi motosikal (forge lock) pada Oktober tahun lalu.
Pencuci kereta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan isterinya dengan memukul menggunakan topi keledar dan pengunci besi motosikal (forge lock) pada Oktober tahun lalu.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Angkara cemburu buta, seorang pencuci kereta dihadapakan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan isterinya dengan memukul menggunakan topi keledar dan pengunci besi motosikal (forge lock) pada Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Syed Mohd. Norhasrul Tuan Rosely, 30, yang memakai baju tahanan berwarna oren mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, Syed Mohd Norhasrul didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Nurul Sakinah Azalan, 31, dengan memukul seluruh badan mangsa menggunakan topi keledar dan pengunci besi motosikal.

Perbuatan berkenaan, dilakukan tertuduh kira-kira jam 8.30 pagi di sebuah rumah di Ujong Pasir di sini, 9 Oktober tahun lalu.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Tertuduh dipercayai bertindak memukul isterinya selepas menyangka wanita itu keluar bersama lelaki lain apabila mendapati mangsa tiada di tempat kerja di Batu Berendam namun mangsa mendakwa dia hanya keluar membeli makanan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Lyiana Zainal Abidin mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dan memohon syarat tambahan dikenakan

Tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya mendiamkan diri dan tidak membuat sebarang rayuan.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dan menetap tarikh sebutan semula dan serahan dokumen pada 22 Mac ini.