Shuib mohon henti sebar rakaman audio mengenai Siti Sarah

Shuib mohon kerjasama orang ramai berhenti menyebarkan rakaman audio mengenai keadaan isterinya, Siti Sarah. - Gambar fail
Shuib mohon kerjasama orang ramai berhenti menyebarkan rakaman audio mengenai keadaan isterinya, Siti Sarah. - Gambar fail
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelawak dan usahawan, Shuib memohon orang ramai agar henti menyebarkan rakaman suara di media sosial mengenai status kesihatan isterinya, Siti Sarah Raisuddin.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, rakaman audio yang tular itu adalah perbualan antara dua individu yang membincangkan keadaan isterinya pada Jumaat lalu.

Pada hari berkenaan, keadaan kesihatan Siti Sarah sememangnya menurun ekoran jangkitan wabak Covid-19.

Sejak dari hari itu juga, Siti Sarah masih belum sedar selepas ditidurkan kerana tahap oksigen menurun.

"Berkenaan Voice Noteyang viral tentang Siti Sarah, itu adalah keadaan pada hari Jumaat, 6 Ogos.

"Jadi saya mohon hentikanshare (kongsi) atau delete (padam) posting (hantaran) tersebut di mana-mana platform media sosial.

"Keadaan Sarah masih lagi ditidurkan," katanya dalam status terbaharu di laman sosial Instagramnya pada Ahad. - Sumbar Awani

ARTIKEL BERKAITAN: 'ALLAH hadirkan keajaiban, Shuib syukur perkembangan Siti Sarah'

Artikel Berkaitan:

Paras oksigen Siti Sarah meningkat, bayi stabil