Lelaki rentung, kereta terbakar selepas langgar pokok

Pasukan bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat mangsa yang rentung dalam kejadian di Jalan Sungai Jai, Lenggeng, Nilai pada Ahad.
Pasukan bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat mangsa yang rentung dalam kejadian di Jalan Sungai Jai, Lenggeng, Nilai pada Ahad.
A
A
A

NILAI - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terlibat kemalangan sebelum terbakar di Jalan Sungai Jai, Lenggeng, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kejadian kira-kira jam 9.30 pagi membabitkan sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 33 tahun dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur dari Mantin.

"Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan ke bahu kanan jalan dan melanggar sebatang pokok hingga mengakibatkan kereta tersebut terbakar.

"Akibat kemalangan, mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, mayat mangsa yang rentung dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

"Kes seterusnya disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987. Siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Artikel Berkaitan: