X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 23 Januari 2022

Kes Covid-19 turun, rekod 19,257 hari ini

Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Jumlah kes positif Covid-19 menurun kepada 19,257 kes pada Sabtu selepas dua hari berturut-turut merekodkan angka melepasi 20,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang direkodkan meningkat kepada 1,243,852 kes.

"Selangor terus merekodkan jumlah kes harian tertinggi mengikut negeri dengan 7,084 kes diikuti Kuala Lumpur (2,450) dan Kedah (1,514).

"Sabah mencatatkan 1,255 kes, Johor (1,182), Pulau Pinang (959), Kelantan (930), Negeri Sembilan (884), Perak (774), Pahang (714) dan Sarawak (573)," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Sabtu.

Menurutnya, sebanyak 425 kes pula dilaporkan di Terengganu, Melaka (414), Putrajaya (56), Perlis (41) dan Labuan (2).

Katanya, daripada jumlah kes terbaharu itu sebanyak 19,241 adalah kes tempatan manakala 16 kes import.

"Dengan pertambahan ini ia menjadikan kes aktif naik kepada 224,120 kes manakala kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 1,097 kes dan 575 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Kes sembuh yang dilaporkan adalah sebanyak 16,323 menjadikan kes kumulatif 1,009,343," katanya.

Jelasnya, kluster baharu pula berjumlah 36 kluster menjadikan keseluruhan kluster berjumlah 3,899 dengan 1,197 kluster aktif dan sejumlah 2,702 kluster telah tamat.

Memperincikan tentang kes kematian, Dr Noor Hisham berkata, ia melibatkan 88 kes di Selangor, Kuala Lumpur (33), Johor (28), Kedah (17), Sabah (13), Melaka (lapan), Perak (enam), Negeri Sembilan dan Kelantan (lima), Pulau Pinang (empat) serta masing-masing satu kes di Pahang, Sarawak, dan Perlis.

"Malaysia melaporkan sebanyak 9,918 kes kematian Covid-19 pada 2021 berbanding 471 kes kematian Covid-19 pada 2020.

"Daripada jumlah kes kematian pada tahun ini (sehingga 7 Ogos 2020), sebanyak 8,615 kes kematian (86.9 peratus) merupakan kematian di hospital dan 1,303 kes kematian (13.1 peratus) brougth in dead (BID)," katanya.

Ujar beliau, sebanyak 8,081 kes (93.8 peratus) kes kematian di hospital melibatkan warganegara Malaysia.

Bagi kes kematian BID pula, katanya, sebanyak 819 kes atau 62.9 peratus melibatkan warganegara Malaysia, manakala 484 kes (37.1 peratus) lagi melibatkan bukan warganegara Malaysia.

"Bagi 7 Ogos 2021, terdapat 34 kes BID di mana 22 kes merupakan warganegara dan 12 kes bukan warganegara," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!