Covid-19: Separuh penduduk AS sudah lengkap divaksin

Separuh daripada penduduk Amerika Syarikat (AS) sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19.Gambar hiasan - Foto 123RF
Separuh daripada penduduk Amerika Syarikat (AS) sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19.Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

ANKARA - Separuh daripada penduduk Amerika Syarikat (AS) sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19, kata pengarah data Covid-19 Rumah Putih pada Jumaat lapor Agensi Anadolu.

"Jumaat baru-baru ini: + 821,000 dos dilaporkan diberikan, termasuk 565,000 yang baharu divaksinasi. 50 peratus orang Amerika kini telah lengkap divaksin.Teruskan!," tulis Cyrus Shahpar di akaun Twitternya.

Menurut Our World In Data, AS sudah memberikan 349 juta suntikan vaksin diikuti India dan China.

AS setakat ini merekodkan lebih 35.5 juta kes dan lebih 615,700 kematian, menurut Universiti Johns Hopkins.

Sejak Disember 2019, virus itu telah meragut lebih 4.27 juta nyawa di 192 negara dan wilayah, dengan lebih 201.39 juta jangkitan. -Bernama

Artikel Berkaitan: