X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Enam penjawat awam ditahan di pusat hiburan, empat positif dadah

Gambar hiasan.
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai enam penjawat awam antara 66 individu termasuk warga asing ditahan menerusi serbuan yang dijalankan Pasukan Task Force Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sebuah pusat hiburan di Taman Pelangi, Johor pada Jumaat.

Menurut sumber, serbuan yang dijalankan kira-kira jam 1.30 pagi itu berjaya menahan 66 individu berumur antara 17 hingga 45 tahun.

"Enam daripada 66 individu yang ditahan merupakan penjawat awam, empat daripada enam penjawat awam tersebut didapati positif dadah.

"Secara keseluruhannya, 41 individu positif menerusi saringan air kencing yang dijalankan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Picthay ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penahanan tersebut.

"Esok saya akan berikan butiran pada sidang akhbar yang akan diadakan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!