Kuasa juara kuartet Itali

Dari kiri, Lamont Marcell Jacobs, Lorenzo Patta, Eseosa Desalu dan Filippo Tortu meraikan kejayaan menjuarai acara 4x100 meter lelaki akhir Tokyo 2020 di Stadium Olimpik, Tokyo. FOTO: AFP
Dari kiri, Lamont Marcell Jacobs, Lorenzo Patta, Eseosa Desalu dan Filippo Tortu meraikan kejayaan menjuarai acara 4x100 meter lelaki akhir Tokyo 2020 di Stadium Olimpik, Tokyo. FOTO: AFP
A
A
A

KUARTET Itali membuktikan kehadiran di pentas trek dan balapan Sukan Olimpik Tokyo 2020 kali ini bukan sekadar pelengkap jadual apabila meraih pingat emas dalam acara 4x100 meter (m) lari berganti-ganti lelaki akhir di Stadium Olimpik, Tokyo pada Jumaat.

Kombinasi Lamont Marcell Jacobs, Lorenzo Patta, Eseosa Desalu dan Filippo Tortu tidak hanya tampil mempamerkan prestasi menakjubkan buat pertama kali dalam acara itu dengan catatan rekod kebangsaan 37.50 saat (s).

Great Britain pula kedua meraih perak menerusi catatan 37.51s manakala Kanada memenangi gangsa 37.70s.

Untuk rekod, kejayaan dilakar Patta, Desalu dan Tortu turut menyaksikan juara acara pecut 100m Marcell Jacobs meraih emas keduanya di Tokyo 2020.

Artikel Berkaitan: