Sokongan 31 ahli Parlimen BN hentikan polemik politik: Muhyiddin

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

PUTRAJAYA - Pendirian sokongan 31 ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghentikan polemik politik yang sedang berlaku di negara ini.

Muhyiddin menerusi satu kenyataan berkata, ia sekali gus memberi ruang kepada kerajaan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha menangani Covid-19, mempercepatkan proses vaksinasi dan memulihkan ekonomi negara.

"Kepentingan rakyat dan negara perlu diutamakan dalam kita berhadapan dengan pandemik ini," katanya pada Jumaat.

Menerusi kenyataan itu, Muhyiddin menzahirkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ahli Parlimen yang bersama menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Saya juga mengucapkan terima kasih di atas pendirian mereka yang bersetuju bahawa keabsahan saya sebagai Perdana Menteri ditentukan di Parlimen pada September dalam usul undi percaya dan bukan melalui kaedah lain," katanya.

Ujar beliau, ia adalah selaras dengan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah yang disampaikan kepadanya semasa sesi menghadap di Istana Negara pada Rabu.

Artikel Berkaitan: