X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 24 Januari 2022

Pendakwah direman lagi kes cabul remaja lelaki

Suspek (kanan) direman enam hari bagi membantu siasatan melibatkan kes cabul dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja.
A
A

KOTA BHARU – Seorang pendakwah terkenal direman bermula hari ini bagi membantu siasatan melibatkan kes cabul dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Tanah Merah, Selasa lalu.

Perintah reman enam hari sehingga Rabu depan dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Nor Faezah Abdullah di Mahkamah Majistret, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, dalam kejadian jam 8 pagi di sebuah rumah di Tanah Merah itu, suspek dikatakan mengadu sakit badan kepada mangsa.

“Pada mulanya mangsa mengurut suspek di bahagian ruang tamu dan kemudian mengajak mangsa masuk ke dalam bilik kerana takut orang nampak.

Ketika di dalam bilik, berlaku sesuatu yang tidak diingini menyebabkan mangsa terkejut dan memberitahu suspek mahu ke bilik air.

“Ekoran kejadian tersebut, mangsa datang ke balai untuk membuat laporan polis dan suspek ditangkap di rumahnya di Machang jam 1 pagi Jumaat,” katanya.

Suspek direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

ARTIKEL BERKAITAN:Penceramah bebas ditahan disyaki cabul lelaki


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!