X

Kindly register in order to view this article
!

Messi tinggalkan Barcelona

Messi gagal mencapai kata sepakat dengan Barcelona untuk menandatangani kontrak baharu.
A
A

LIONEL Messi akan meninggalkan Barcelona ekoran masalah kewangan kelab Catalan itu sehingga menyebabkan tiada sebarang perjanjian kontrak baharu.

Perkara tersebut diumumkan Barcelona dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang serta media sosial rasmi kelab gergasi Sepanyol itu pada awal pagi tadi.

“Pada awalnya, FC Barcelona dan Lionel Messi telah mencapai kesepakatan untuk perjanjian kontrak baharu pada hari ini, namun ia tidak terjadi kerana halangan kewangan dan struktur (peraturan La Liga).

“Disebabkan situasi itu, Messi tidak akan terus berada di FC Barcelona. Kedua-dua pihak amat kesal kerana keinginan pemain dan kelab tidak dapat dipenuhi.

“FC Barcelona dengan sepenuh hati mengucapkan terima kasih kepada pemain itu (Messi) atas sumbangannya terhadap peningkatan kelab dan mengucapkan yang terbaik kepadanya pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Messi, 34, dilaporkan akan memeterai kontrak baharu selama lima tahun yang menyaksikan gajinya dijangka berkurangan sebanyak 50 peratus.

Untuk rekod, selepas 21 tahun bersama Barcelona, Messi yang bergelar ejen bebas sejak 1 Julai lalu telah merekodkan 672 gol dalam 778 penampilan pada semua pertandingan serta memenangi 31 kejuaraan utama.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!