X

Kindly register in order to view this article
!

Bayi pramatang cipta rekod

Bayi tersebut seberat hanya 268 gram ketika dilahirkan.
A
A

TOKYO - JEPUN. Seorang bayi di Jepun yang mempunyai berat sama seperti bawang besar ketika dilahirkan telah pulang ke rumahnya dalam keadaan sihat.

Bayi seberat hanya 268 gram itu lahir ketika usia kandungan 24 minggu selepas ia berhenti membesar dalam rahim ibunya.

Ia sangat kecil dan muat diletakkan dalam telapak tangan orang dewasa.

Tetapi, selepas rawatan selama lima bulan di Hospital Universiti Keio, berat bayi lelaki itu kini mencecah 3.2 kilogram dan sudah boleh diberikan susu secara normal.

"Saya hanya boleh cakap saya sangat gembira dia boleh membesar. Secara jujurnya, saya tidak yakin dia boleh hidup," kata ibunya.

Keadaan terkini bayi tersebut selepas dirawat selama lima bulan.
Keadaan terkini bayi tersebut selepas dirawat selama lima bulan.

Dr Takeshi Arimitsu yang merawat bayi itu berkata, beliau mahu masyarakat tahu ada kemungkinan bayi sepertinya dapat keluar hospital dalam keadaan sihat walaupun dilahirkan sangat kecil.

Hospital itu memberitahu bayi lelaki itu dipercayai kini mencipta rekod bayi lelaki baru lahir paling kecil yang keluar dari hospital dalam keadaan sihat.

Sebelum ini, rekod tersebut dipegang bayi lelaki di Jerman yang dilahirkan seberat 274 gram pada 2009 manakala bayi perempuan terkecil seberat 252 gram pula dilahirkan di Berlin pada 2015. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!