X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Maritim Malaysia lancar gerakan cari, selamat nelayan

Maritim Malaysia menjalankan operasi SAR mengesan nelayan tempatan yang hilang di perairan Tanjung Hantu, Lumut. - Foto ihsan Maritim Malaysia Perak.
A
A

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan tempatan yang dikhuatiri hilang kira-kira 1.3 batu nautika barat daya Tanjung Hantu di sini pada Khamis.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa dianggarkan berusia 80 tahun itu daripada Maritime Rescue Sub - Centre (MRSC) Langkawi sekitar jam 2.20 petang.

"Bot ronda Petir 80 segera diatur gerak ke titik koordinat aduan bagi melaksanakan operasi menyelamatkan mangsa berkenaan.

"Berdasarkan rekod, bot mangsa berpangkalan di Pulau Pangkor itu ditemui oleh nelayan tempatan tanpa pengemudi kira-kira jam 11 pagi di sekitar kawasan aduan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, operasi itu juga telah diaktifkan oleh MRSC Langkawi pada jam 3.00 petang tadi.

"Maritim Malaysia akan menyalurkan maklumat dari masa ke semasa di dalam usaha menyelamat ini disamping penglibatan aset-aset pasukan sahabat yang lain.

"Maritim Perak meminta orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!