Padah 'hidang' tarian lucah

Pegawai polis di bandar Ulan Ude tersenyum selepas dihidangkan tarian ghairah seorang penari bogel.
Pegawai polis di bandar Ulan Ude tersenyum selepas dihidangkan tarian ghairah seorang penari bogel.
A
A
A

ULAN UDE - RUSIA. Seorang ketua penyiasat wanita di sebuah balai polis di Republik Buryatia dipecat gara-gara mengatur tarian lucah sempena sambutan Hari Pembela Tanah Air, baru-baru ini.

Difahamkan, tarian erotik tersebut sebagai 'hadiah' kepada pegawai lelaki yang bertugas di balai berkenaan.

Kementerian Dalam Negeri mengutuk keras tindakan pegawai yang tidak dinamakan itu dan menganggap perbuatannya mencemarkan imej pasukan polis.

Awal minggu ini, rakaman seorang penari separuh bogel beraksi di hadapan pegawai polis di bandar Ulan Ude tular di media sosial.

Netizen menganggap persembahan tersebut sebagai tidak wajar kerana terdapat cara lain bagi menghargai sumbangan pegawai lelaki di balai polis berkenaan. - Sputnik

Artikel Berkaitan: