Lebih 20 peguam tawar bantuan guaman kepada Ain Husniza

Laporan berita mengenai seorang pelajar, Ain Husniza Saiful Nizam yang menerima surat tuntutan fitnah RM1 juta yang difailkan oleh seorang guru yang didakwa bergurau mengenai rogol.
Laporan berita mengenai seorang pelajar, Ain Husniza Saiful Nizam yang menerima surat tuntutan fitnah RM1 juta yang difailkan oleh seorang guru yang didakwa bergurau mengenai rogol.
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih 20 orang menawarkan bantuan guaman kepada pelajar perempuan, Ain Husniza Saiful Nizam yang menerima surat tuntutan fitnah RM1 juta yang difailkan oleh seorang guru yang didakwa bergurau mengenai rogol.

Bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab berkata, pihaknya menerima tawaran bantuan guaman secara pro bono dan telah melantik seorang peguam untuk menyelesaikan kes tersebut.

“Saya dapat banyak tawaran bantuan guaman secara percuma (pro bono) dan telah berbincang dengan beberapa orang sebelum lantik seorang untuk bantu uruskan kes ini.

“Saya terima banyak bantuan dan tawaran sama ada melalui Twitter, Facebook atau WhatsApp untuk membantu kes Ain ini. Saya berbesar hati atas sokongan dan bantuan ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Pada Rabu, Ain Husniza Saiful yang mendakwa gurauan seorang guru mengenai rogol memaklumkan menerima surat tuntutan RM1 juta yang difailkan oleh guru terbabit atas dakwaan fitnah gurauan berkenaan.

Pada 24 April lalu, seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan kerana seolah-olah seperti menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.

Dalam pada itu, Saiful Nizam berkata, pihaknya menolak membuat pendanaan awam (crowdfunding) untuk membayar tuntutan tersebut disebabkan tidak perlu dilakukan ketika ini.

“Kami belum membuat apa-apa tindakan lagi sebab benda ini masih lagi bukan tuntutan mahkamah, jadi saya merasakan ia belum perlu lagi.

Artikel Berkaitan:

“Walau bagaimanapun, saya akan membincangkan dengan beberapa pihak untuk faham dan buat keputusan yang lebih baik insya-ALLAH,” ujarnya.

Jelas Saiful Nizam, pihaknya berkemungkinan akan meneruskan urusan menangani kes tersebut pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN Ain Husniza terima notis tuntutan RM1 juta