X

Kindly register in order to view this article
!

Ain Husniza terima notis tuntutan RM1 juta

Tangkap layar Twitter milik Ain Husniza
A
A

SHAH ALAM - Pelajar perempuan, Ain Husniza Saiful Nizam yang mendakwa gurauan seorang guru mengenai rogol memaklumkan menerima surat tuntutan RM1 juta.

Bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab berkata, tuntutan tersebut difailkan oleh guru terbabit atas dakwaan fitnah gurauan berkenaan.

“Guru itu letak nama Ain, nama saya (bapa) dan isteri saya yang menyatakan buat fitnah ke atas dirinya menerusi webinar, kenyataan akhbar dan media.

“Dia menuntut untuk menarik balik, membuat permohonan maaf dan bayaran ganti rugi sebanyak RM1 juta,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Pada 24 April lalu, seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan kerana seolah-olah seperti menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.

Dalam pada itu, Saiful Nizam berkata, pihaknya menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema & Yung jam 2 petang pada Rabu.

“Sekarang ini kami sudah berbincang dengan peguam apa tindakan seterusnya yang perlu dibuat dan masih dalam perbincangan mengenai perkara itu,” ujarnya.

Jelasnya, emosi Ain tidak stabil lebih-lebih lagi dia akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini apabila menerima surat tuntutan tersebut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!