Azizulhasni, Mohd Shah Firdaus gagal ke suku akhir acara pecut

Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
A
A
A

DUA atlet berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Mohd Shah Firdaus Sahrom gagal mara ke suku akhir acara pecut (sprint) Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila tewas dalam saingan Repechages 1/8 di Velodrome Izu, petang tadi.

Azizulhasni tewas 0.042 saat kepada pelumba Great Britain yang juga juara dunia, Jason Kenny pada saingan Repechages saringan pertama manakala pelumba Jepun, Yuta Wakimoto terpaksa berpuas hati pada kedudukan ketiga.

Seorang lagi pelumba basikal trek negara, Mohd Shah Firdaus menamatkan acara saringan kedua Repechages 1/8 pada kedudukan ketiga setelah tewas 0.133 saat kepada pelumba Perancis, Sebastien.

Artikel Berkaitan: