Kontrak niaga hadapan KLCI dibuka tinggi

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi pada awal dagangan Khamis, menjejaki prestasi pasaran tunai yang lebih baik.

Pada jam 9.19 pagi, Ogos 2021 dan September 2021 masing-masing naik 4.5 mata kepada 1,491.0 dan 1,484.5; Disember 2021 menambah 5.5 mata kepada 1,478.0 manakala Mac 2022 menokok 4.0 mata kepada 1,465.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,006 lot manakala kepentingan terbuka pada 31,690 kontrak.

Petunjuk pasaran, FBM KLCI meningkat 6.74 mata kepada 1,498.07 selepas 30 minit dagangan. -Bernama

Artikel Berkaitan: