X

Kindly register in order to view this article
!

Positif Covid-19, pendakwaan terhadap Shamsubahrin ditangguh 27 Ogos

A
A

KUALA LUMPUR - Prosiding pendakwaan terhadap Datuk Shamsubahrin Ismail, yang dijadualkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, ditangguhkan berikutan Pengasas Perkhidmatan Premium Big Blue Taxi itu sedang menjalani kuarantin ekoran dijangkiti Covid-19.

Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas peguam Muhammad Noor Azfar Muhammad Noor Azmi memaklumkan anak guamnya telah menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah pusat perubatan malam tadi kerana tidak sihat dan selepas diuji, dia didapati positif Covid-19.

“Oleh itu, saya mohon satu tarikh baharu untuk pertuduhan dibacakan ke atas anak guam saya,” kata peguam itu.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Abd Muntaqim Abdul Aziz tidak membantah permohonan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik syarikat teksi disyaki terima rasuah

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Ogos depan untuk membacakan pertuduhan terhadap Shamsubahrin.

Semalam, media melaporkan seorang pemilik syarikat teksi bergelar Datuk akan didakwa di mahkamah hari ini. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!