X

Kindly register in order to view this article
!

Anggota Rela didakwa bunuh rakan baik

Tertuduh (depan) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang pada Rabu.
A
A

MARANG - Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh rakan baiknya.

Tertuduh, Ong Chow Lee, 57, dari Wakaf Tapai di sini mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Mengikut pertuduhan, Chow Lee didakwa membunuh Fong Swee Fuan, 65, di sebuah bangsal iaitu di belakang sebuah tokong Cina, bersebelahan pondok Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Taman Raya Wakaf Tapai di sini kira-kira jam 1.55 petang pada 23 Julai lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum mahkamah menetapkan 13 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah.

Dalam kejadian tersebut, Swee Fuan yang juga Timbalan Pengerusi KRT Wakaf Tapai di sini maut dalam keadaan terduduk di kerusi.

Anak saudara mangsa, Teo Hock Beng, 45, pula dijumpai terbaring di lokasi kejadian dengan kecederaan parah pada dada dan kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Hulu Terengganu.

ARTIKEL BERKAITAN: Timbalan Pengerusi KRT Wakaf Tapai maut ditembak rakan baik

Anggota Rela tembak rakan baik direman tujuh hari

Cabar-mencabar punca anggota Rela tembak rakan baik


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!