X

Kindly register in order to view this article
!

Muhyiddin tiba di Istana Negara

Muhyiddin tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi Rabu. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di sini pada pagi Rabu.

Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Pagoh itu dilihat memasuki Pintu 1, Istana Negara pada jam 10.59 pagi.

Keabsahan Muhyiddin kini menjadi tanda tanya susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Selasa yang membuat ketetapan untuk tidak mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beberapa ahli Parlimen parti itu difahamkan sudah menandatangani aku janji menarik sokongan terhadap Muhyiddin untuk dipersembah kepada Seri Paduka Baginda.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang juga ahli MKT UMNO menjadi yang pertama letak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli dan dijangka lebih ramai akan berbuat demikian dalam tempoh 48 jam.

Tindakan UMNO telah menimbulkan persoalan mengenai jumlah terkini sokongan majoriti ahli Parlimen kepada kerajaan PN dan Muhyiddin.

Pintu 1 dan 2 Istana Negara pada Rabu menjadi tumpuan media sejak jam 7 pagi bagi mendapatkan perkembangan semasa politik negara.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!