Anwar ada bukti Pas bayar Rewcastle-Brown

Anwar Ibrahim - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Anwar Ibrahim - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau mempunyai bukti Pas membayar editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berhubung penyelesaian luar mahkamah kes saman Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, bukti itu akan didedahkan dalam ceramahnya di Semenyih, malam ini.

“Saya ada maklumat yang cukup, untuk buktikan bahawa Pas ada bayar kepada Rewcastle-Brown.

"Saya akan jelaskan secara terperinci malam ini nanti di Semenyih.

“Saya tak fikir Pas boleh nafikannya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2018, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penyelesaian luar mahkamah kes saman Abdul Hadi terhadap Rewcastle Brown tidak melibatkan sebarang perintah mengenai kos kepada mana-mana pihak.

Katanya, berdasarkan perintah persetujuan yang direkodkan telah menyatakan tiga perkara iaitu pihak yang menuntut tidak meneruskan tuntutannya, pihak defendan tidak meneruskan tuntutan balasnya dan tiada perintah mengenai kos-kos.

Kenyataan itu dikeluarkan Pas susulan desakan Anwar agar parti itu memberi penjelasan sama ada penyelesaian kes mahkamah itu melibatkan bayaran lebih RM1 juta.

Artikel Berkaitan: