TPM, menteri dan Peguam Negara dilihat memasuki kediaman Muhyiddin

Sumber gambar tangkap layar dari video Malaysia Gazzate
Sumber gambar tangkap layar dari video Malaysia Gazzate
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak sembilan kenderaan milik orang kenamaan dipercayai menteri dilihat masuk kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin malam.

Kenderaan rasmi yang membawa timbalan perdana menteri dan menteri kabinet itu kemudian dilihat keluar dari kawasan perumahan itu pada jam 10.30 malam tadi.

Difahamkan antara yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin

Selain itu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu antara individu yang dipercayai bertemu dengan Muhyiddin.

Pada Isnin, seramai 107 ahli Parlimen pembangkang dikatakan berhimpun di Dataran Merdeka pada awal pagi Isnin selepas gagal memasuki Parlimen.

Ia susulan daripada cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya semua sesi mesyuarat termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021 ditangguhkan untuk tempoh dua minggu bermula dari 29 Julai 2021.

Artikel Berkaitan: