Vietnam keluarkan 300 syiling perak

Syiling perak tulen itu dikeluarkan sempena sidang kemuncak kedua antara Trump dan Jong-un di Hanoi
Syiling perak tulen itu dikeluarkan sempena sidang kemuncak kedua antara Trump dan Jong-un di Hanoi
A
A
A

HANOI - VIETNAM. Vietnam pada Rabu mengeluarkan 300 syiling diperbuat perak tulen untuk mengalu-alukan sidang kemuncak kedua antara pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Permukaan atas syiling memaparkan imej merpati, dahan zaitun simbol perdamaian dan bendera kebangsaan kedua-dua negara serta tertera perkataan 'World Peace' manakala sisi sebelahnya pula terdapat imej bunga teratai.

Vietnam Philately Company yang menghasilkan syiling itu yang berharga 500,000 dong (RM87).

Hanoi turut mengeluarkan set setem istimewa sempena sidang kemuncak tersebut yang berlangsung hari ini dan esok. - Xinhua

Artikel Berkaitan: