Sivarraajh kemuka rayuan

Sivarraajh
Sivarraajh
A
A
A
KUANTAN -Naib Presiden MIC, Datuk Sivarraajh Chandran akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Rayuan tersebut dibuat berhubung keputusan Mahkamah Pilihanraya Kuala Lumpur hari ini yang memutuskan kemenangannya di kerusi Parlimen Cameron Highlands dalam PRU14 terbatal dan tidak sah akibat rasuah.

Sivarraajh berkata, beliau menerima keputusan secara terbuka, bagaimanapun menafi memberi rasuah kepada pengundi di Cameron Highlands.

"Saya tidak memberi rasuah kepada sesiapa termasuk Tok Batin (Orang Asli) dan kesemua bukti di mahkamah menunjukkan bahawa saya tidak memberikan apa-apa wang.

"Setelah berbincang dengan peguam saya, saya akan mengemukakan rayuan," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Artikel Berkaitan:


Timbalan Pengerusi DAP Pahang, M. Manogaran, 59, memfailkan petisyen pada 4 Jun lalu dengan memohon perisytiharan bahawa keputusan PRU14 pada 9 Mei untuk kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ini berikutan Manogaran mendakwa, Sivarraajh merasuah pengundi daripada komuniti Orang Asli untuk mengundinya.

Pada PRU14, Sivarraajh memenangi kerusi Cameron Highlands dengan memperoleh majoriti 597 undi menewaskan Manogaran bersama calon PAS, PSM dan Berjasa dalam pertandingan lima penjuru.