Tiada perjumpaan Agong dengan mana-mana pihak hari ini

Tiada sebarang perjumpaan melibatkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan mana-mana pihak hari ini.
Tiada sebarang perjumpaan melibatkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan mana-mana pihak hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada sebarang perjumpaan melibatkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan mana-mana pihak hari ini.

Ekoran daripada beberapa laporan yang dibuat berhubung perkara tersebut, pihak Istana Negara telah membuat penafian menerusi perkataan palsu pada keratan media yang melaporkan perkara berkenaan.

Pada Sabtu, beberapa media melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dititahkan untuk menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota Pahang.

Bagaimanapun, Sinar Harian telah menghubungi pegawai Anwar dan dimaklumkan bahawa perkara itu tidak benar.

Sebaliknya Anwar dijadualkan untuk membuat persediaan bagi menghadapi sidang Parlimen Isnin ini.

Artikel Berkaitan: