X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita dipukul, disamun lelaki baru dikenali

Lokasi mangsa ditemui selepas ditinggalkan dalam keadaan cedera di Jalan Kuala Bebang, Semporna.
A
A

SEMPORNA - Seorang wanita cedera di muka dan badan akibat dipukul menggunakan helmet oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya dalam kejadian di Jalan Kuala Bebang, awal pagi Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, mangsa berusia 40 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci hotel ditemui terbaring di atas jalan.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu.

"Siasatan awal mendapati, sehari sebelum kejadian mangsa telah keluar dengan suspek seorang lelaki yang baru dikenali dengan menaiki motosikal menuju ke tempat kejadian.

"Suspek kemudian memukul mangsa menggunakan helmet dan melarikan beberapa barangan milik mangsa iaitu beg tangan yang mengandungi dokumen penting, telefon bimbit dan wang tunai RM500," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya, akibat kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan dirawat di Hospital Tawau dan keadaannya stabil.

"Polis giat mengesan suspek dan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan," katanya.

Mohd Farhan turut menasihatkan orang awam supaya lebih berhati-hati agar tidak mudah percaya dengan individu yang baru dikenali.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!