X

Kindly register in order to view this article
!

Status Mun Yee tinggalkan tanda tanya

Status terkini yang dimuat naik Mun Yee di akaun Instagramnya.
A
A

LEONG Mun Yee kembali mencetuskan persoalan dalam kalangan komuniti sukan terjun negara mengenai statusnya di kolam renang selepas berakhirnya saingan acara 10 meter platform seirama wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Selasa.

Atlet terjun wanita negara berusia 36 tahun itu tampil memuat naik status di laman sosial yang memberi bayangan bahawa Tokyo 2020 merupakan penampilan terakhir di temasya terbesar dunia tersebut.

“Menamatkan Olimpik kelima saya di tempat kelapan semalam. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan ucapan diberikan.

“Tidak lupa juga kepada KBS (Kementerian Belia dan Sukan), MSN (Majlis Sukan Negara), ISN (Institut Sukan Negara) dan persatuan terutama sekali rakan gandingan saya @pandelela serta jurulatih Li Rui dan Chistian kerana berusaha gigih dan sentiasa memberikan yang terbaik kepada pasukan.

Aksi bertenaga Mun Yee dan Pandelela dalam acara 10 meter platform seirama wanita Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo. - Foto Majlis Sukan Negara Malaysia
Aksi bertenaga Mun Yee dan Pandelela dalam acara 10 meter platform seirama wanita Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo. - Foto Majlis Sukan Negara Malaysia

“Saya juga ingin mengucapkan yang terbaik buat rakan pasukan yang lain dalam acara berikutnya,” tulis penerjun dari Ipoh tersebut.

Mun Yee sebelum ini dilaporkan menyatakan hasratnya untuk bersara dari arena sukan tanah air selepas berakhirnya temasya Sukan SEA Vietnam bagi memberikan sepenuh tumpuan kepada kehidupannya selepas memberikan komitmen dan tanggungjawab sebagai atlet.

Dalam acara 10 meter platform seirama wanita Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo itu, Mun Yee dan Pandelela Rinong gagal mengekalkan kilauan pingat perak diraih Pandelela bersama Cheong Jun Hoong di Rio 2016 apabila sekadar meraih kedudukan kelapan.

Mun Yee dan Pandelela sekadar meraih 277.8 mata dalam acara yang menyaksikan gandingan dari China, Chen Yuxi dan Zhang Jiaqi membawa pulang kilauan emas setelah mengumpul 363.78 mata.

Penerjun Amerika Syarikat, Jessica Parratto dan Delaney Schnell pula meraih pingat perak manakala gandingan Gabriela Agundez dan Alejandra Orozco dari Mexico membawa pulang gangsa.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!