X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga lelaki ditahan kes tetak Pengarah Eksekutif LWHPP

Ramachandran yang cedera parah kini dirawat dan dilaporkan stabil.
A
A

GEORGETOWN - Tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes serangan ke atas Pengarah Eksekutif Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (LWHPP), Datuk M Ramachandran dalam kejadian pada malam Jumaat lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 45 hingga 51 tahun itu ditahan berasingan di kawasan Seberang Perai, Butterworth pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berikutan kes masih dalam siasatan.

"Kita telah merakam keterangan 14 saksi kejadian dan menahan tiga lelaki untuk siasatan lanjut. Kita masih menyiasat motif kejadian yang mana, siasatan awal mendapati kes ini tiada kaitan dengan gengsterisme.

"Kita juga masih siasat sama ada ia ada kena mengena dengan LWHPP atau sebaliknya. Setakat itu sahaja yang boleh saya ulas kerana siasatan masih dijalankan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Rabu.

Katanya, suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Ramachandran, 70, sebelum ini parah ditetak sekumpulan individu dalam satu kejadian di hadapan kediamannya di Taman Alma, Machang Bubok di sini pada malam Jumaat.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam itu menyebabkan mangsa cedera di bahagian leher, paha, belakang kepala serta badan akibat diserang dengan senjata tajam.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa sedang turun dari kereta untuk masuk ke dalam rumahnya sebelum diserang oleh empat orang lelaki.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!