X

Kindly register in order to view this article
!

Soniia akur kebangkitan Ratchanok Intanon

Soniia
A
A

IMPIAN pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah untuk merasai nikmat kemenangan sebenar di gelanggang badminton Sukan Olimpik Tokyo 2020 masih tidak kesampaian apabila tunduk 1-2 ketika menentang pemain dari Thailand, Ratchanok Intanon pada Rabu.

Pada aksi peringkat Kumpulan N, Soniia yang mendapat tonik semangat selepas melakar kemenangan percuma ke atas pemain Hungary, Laura Sarosi gagal menyaingi kebangkitan Ratchanok Intanon.

Pada set pertama aksi di Musashino Forest Sport Plaza itu, Soniia berstatus ranking 35 dunia bermula cemerlang apabila melakar kemenangan 21-19 ke atas Ratchanok Intanon.

Namun set kedua, pemain ranking keenam dunia berusia 26 tahun tersebut bangkit lebih bertenaga menewaskan Soniia 21-18 sekali gus mengikat perlawanan.

Bersambung set ketiga, Ratchanok Intanon yang juga merupakan pemain pilihan temasya kembali tenang meninggalkan lawan untuk mengekalkan momentum positif bagi kemenangan 21-10.

Untuk rekod, Ratchanok Intanon dalam empat perlawanan terakhir menentang Soniia, bintang Thailand tersebut memenangi kesemua perlawanan tersebut sebelum ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!