X

Kindly register in order to view this article
!

Tajuddin dikompaun tidak pakai pelitup muka di Parlimen

Gambar yang tular di laman sosial pada Selasa memaparkan Tajuddin telah melanggar SOP PKP dengan tidak memakai pelitup muka di Parlimen.
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikompaun kerana telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan tidak memakai pelitup muka di Parlimen, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati Tajuddin telah menghadiri Sidang Mesyuarat Khas Ahli Dewan Rakyat.

"Pada hari yang sama, jam 2.30 petang, beliau didapati tidak memakai pelitup muka sewaktu sedang bersama dengan seorang individu lain di ruang legar Parlimen.

"Atas pelanggaran SOP tersebut maka satu notis kompaun telah dikeluarkan terhadap beliau pada hari ini (Selasa) jam 1 petang, nilai kompaun akan diputuskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Eng Lai turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP PKP dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di tempat awam dalam usaha memutuskan penularan jangkitan pandemik Covid-19.

Pada Selasa, tular satu mesej serta gambar yang dimuat naik pemilik akaun Twitter yang memaparkan ahli Parlimen berkenaan telah melanggar SOP PKP.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!