X

Kindly register in order to view this article
!

Klopp beri bayangan Van Dijk, Gomez kembali perkuat Liverpool

Van Dijk (kiri) dan Gomez bakal kembali perkuatkan Liverpool musim ini
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp memberikan bayangan bahawa tonggak pertahanan, Virgil Van Dijk akan kembali memperkuatkan The Reds bagi mengharungi saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), kelak.

Menurut Klopp, Van Dijk kini dilihat semakin beransur sembuh setelah berehat panjang akibat kecederaan yang dialaminya musim lalu.

Malah katanya, tonggak pertahanan Belanda itu juga menunjukkan progress yang baik ketika menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan baru-baru ini.

“Ya, dia (Van Dijk) sudah mula menjalani latihan, dan keadaannya dilihat semakin baik dari sehari ke sehari.

“Oleh itu, saya mungkin akan ‘cuba’ menurunkannya pada aksi persahabatan dengan Hertha Berlin di gelanggang lawan, Jumaat ini dan mungkin juga ketika berdepan kelab Athletic pada 8 Ogos,” katanya.

Klopp juga percaya kehadiran semula pemain pertahanan bertubuh sasa itu bakal membantu mengukuhkan lagi benteng pertahanan The Reds.

Untuk rekod Van Dijk mengalami kecederaan lutut hingga terpaksa menjalani pembedahan apabila berlaga dengan penjaga gol Everton, Jordan Pickford dalam saingan EPL, pada Oktober musim lalu.

Kecederaan berkenaan difahamkan turut menutup peluang Van Dijk untuk beraksi di Euro 2020.

Sementara itu, Klopp turut menegaskan pihaknya sedia menurunkan Joe Gomez pada kedua-dua aksi persahabatan berkenaan.

Katanya, Gomez yang telah sembilan bulan tidak beraksi berikutan kecederaan lutut yang serius sudah mula menjalani latihan ketika ini.

Mengulas mengenai keadaan Joe Gomez, yang tidak beraksi selama sembilan bulan kerana masalah kecederaan.

“Kita juga dapat saksikan kedua-dua pemain ini begitu bersemangat menjalani latihan dan besar kemungkinan kedua-duanya berpeluang diturunkan pada kedua-dua aksi persahabatan yang telah diatur.

“Latihan yang kita adakan pada ketika ini juga adalah sebahagian daripada proses pemulihan kedua-dua pemain berkenaan.

“Kedua-duanya memiliki kecederaan yang berbeza, namun mereka juga menunjukkan progress yang baik ketika ini bagi menggambarkan bahawa mereka sudah pulih dan bersedia untuk beraksi,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!