[VIDEO] Bandar raya China dilanda ribut pasir

BEIJING - Satu rakaman video menunjukkan bandar raya Dunhuang, China hilang di balik kepulan debu setinggi lebih 91 meter yang datang dari arah Gurun Gobi pada Ahad.
Rakaman itu dilakukan seorang penduduk yang berkongsi video berkenaan menerusi Twitter.
Dalam rakaman tersebut, bandar raya berkenaan hilang ketika ribut debu itu bergerak perlahan-lahan ke arah Dunhuang.
Polis terpaksa menutup jalan-jalan utama dan meminta pengguna-pengguna jalan raya ke kawasan perkhidmatan selepas jarak penglihatan terbatas kurang enam meter.
Akhbar South China Morning Post melaporkan, ribut itu melanda pada kira-kira jam 3 petang waktu tempatan.
Dunhuang dikenali mempunyai cuaca yang berdebu.
Pada Jun lalu, penduduk di bandar raya Hotan di barat China pernah mengalami masalah seperti itu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Berebut ‘remote TV’ di kedai kopi, lelaki maut ditikam enam kali
24 September 2026 07:10amFeri karam: 9 mayat lagi ditemukan, angka kematian meningkat kepada 27
23 September 2026 10:16pmLetusan Anak Krakatau: Indonesia kenal pasti mayat kru bot, tujuh masih hilang
23 September 2026 05:56pmPengeboman Sri Lanka 2019: 15 dihukum penjara 220 tahun
23 September 2026 04:56pmRakyat Malaysia dituduh dalang operasi pengubahan wang haram di Singapura
23 September 2026 04:53pmDigilis lori: Murid Tahun Empat maut selepas 24 jam bertarung nyawa
23 September 2026 04:15pmPenyanyi antara lima maut helikopter terhempas
23 September 2026 02:48pmPolis kesan pemilik, kru bot didakwa tidak ambil mayat mangsa bot karam
23 September 2026 12:15pmROS batal Perikatan Nasional?
23 September 2026 07:15pm[VIDEO] Selak baju jiran sedang tidur, tukang mesin rumput dipenjara 11 bulan
23 September 2026 01:45pm- Iklan -- Iklan -
