X

Kindly register in order to view this article
!

Pasar Masjid Tanah, pasar raya ditutup untuk sanitasi

Pasar Masjid Tanah ditutup sepuluh hari bermula Selasa.
A
A

ALOR GAJAH - Pasar Masjid Tanah diarahkan tutup selama sepuluh hari bermula Selasa bagi tujuan sanitasi.

Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) memaklumkan pasar awam berkenaan ditutup pada 27 Julai hingga 8 Ogos depan selepas terdapat ahli keluarga salah seorang peniaga barangan borong disahkan positif Covid-19.

Menurutnya, sebagai langkah awal Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah meminta MPAG membuat penutupan pasar tersebut dan semua peniaga pasar atau mana-mana individu yang mempunyai kontak dapat menjalani saringan Covid-19.

Notis penutupan sementara sebuah pasar raya di Masjid Tanah untuk tujuan sanitasi.Notis penutupan sementara sebuah pasar raya di Masjid Tanah untuk tujuan sanitasi.
Notis penutupan sementara sebuah pasar raya di Masjid Tanah untuk tujuan sanitasi.Notis penutupan sementara sebuah pasar raya di Masjid Tanah untuk tujuan sanitasi.

"Sepanjang tempoh penutupan itu tiada sebarang aktiviti perniagaan dibenarkan dijalankan di pasar itu," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin ketika dihubungi mengesahkan sebuah pasar raya yang beroperasi di Masjid Tanah pada tahun lalu turut diarahkan tutup bermula Isnin sehingga 5 Ogos depan.

Katanya, orang ramai dinasihatkan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mencegah penularan Covid-19.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!