Protes doktor kontrak di Ipoh lancar

Sekumpulan individu dipercayai doktor kontrak berjalan keluar dari bangunan HRPB ketika kempen Hartal Doktor Kontrak yang diadakan di HRPB, Ipoh pada Isnin.
Sekumpulan individu dipercayai doktor kontrak berjalan keluar dari bangunan HRPB ketika kempen Hartal Doktor Kontrak yang diadakan di HRPB, Ipoh pada Isnin.
A
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Kempen Hartal Doktor Kontrak yang diadakan di Hospital Raja Permasuri Bainun (HRPB), di sini berjalan lancar dalam tempoh kurang lima minit pada Isnin.

Sejak jam 10.30 pagi petugas media berada di pekarangan HRPB bagi membuat liputan mengenai kempen tersebut.

Bagaimanapun pihak pengurusan hospital tidak membenarkan petugas media berada di lobi bangunan HRPB dan wartawan serta jurugambar yang hadir terpaksa berada di pondok pengawal berhampiran pagar utama hospital terbabit.

Mogok yang dijadualkan pada jam 11 pagi itu pada awalnya tidak kelihatan sebarang pergerakan keluar oleh doktor kontrak di pintu masuk utama.

Namun, kira-kira setengah jam kemudian, sekumpulan individu berpakaian serba hitam keluar dari pintu utama HRPB dan bergerak ke Unit Kecemasan sebelum masuk semula ke dalam bangunan tersebut.

Dianggarkan seramai 30 individu dipercayai doktor kontrak bergerak secara berkumpulan sambil memegang telefon pintar masing-masing.

Petugas media sekali lagi dihalang merakam sebarang gambar secara dekat sebaliknya perlu berada berhampiran pagar hospital.

Hartal Doktor Kontrak dicetuskan oleh Gerakan Doktor-Doktor Kontrak Malaysia untuk mendesak kerajaan menunaikan tuntutan golongan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

[LIVE] Protes Hartal Doktor Kontrak di Hospital Raja Permasuri Bainun, Ipoh, Perak

[LIVE] Protes Hartal Doktor Kontrak di Hospital Raja Permasuri Bainun, Ipoh, Perak, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad

Posted by Sinar Harian on Sunday, July 25, 2021