X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Ho Chi Minh City umum perintah berkurung

Segala pergerakan dilarang bermula jam 6 petang hingga jam 6 pagi.- Foto Reuters
A
A

HANOI - Ho Chi Minh City yang kini menjadi pusat penularan Covid-19 mengumumkan perintah berkurung pada Ahad di seluruh bandar bermula Isnin bagi membendung jangkitan wabak itu.

Menurut pihak berkuasa perbandaran, segala pergerakan dilarang bermula jam 6 petang hingga jam 6 pagi.

Semua aktiviti juga ditangguhkan sepanjang perintah berkurung kecuali melibatkan kecemasan perubatan atau berkaitan koordinasi Covid-19, lapor Xinhua memetik media tempatan VnExpress.

Ho Chi Minh City tertakluk kepada peraturan penjarakan sosial yang ketat sejak 9 Julai di bawah Arahan 16, merangkumi perintah duduk di rumah, larangan berhimpun melebihi dua orang dan penangguhan perkhidmatan pengangkutan awam.

Sejak gelombang terbaharu melanda hujung April lalu, setakat Ahad bandar ini telah merekodkan 60,425 kes jangkitan Covid-19, menurut Kementerian Kesihatan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!