X

Kindly register in order to view this article
!

Polis pantau perkembangan hartal doktor kontrak

Mohamad Zainal
A
A

KUALA LUMPUR - Pihak yang ingin mengadakan hartal atau mogok dinasihatkan supaya menggunakan saluran lain yang ada untuk menyatakan ketidakpuasan hati.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya akan sentiasa memantau perkembangan hartal yang diadakan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

"Saya nasihatkan kepada pihak yang adakan hartal ini, gunakanlah saluran yang sepatutnya untuk nyatakan sebarang isu berbangkit.

"Pihak polis akan sentiasa memantau perkembangan hartal ini dari masa ke masa dan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Mohamad Zainal berkata, pihaknya turut menempatkan anggota polis di lokasi bagi memantau perkembangan hartal ini.

"Anggota polis akan ditempatkan dalam jumlah minimum untuk kita pantau keadaan yang berlaku," katanya.

Pada Ahad, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meminta doktor kontrak tidak menyertai demonstrasi yang dijadualkan pada Isnin sehingga meninggalkan tanggungjawab terhadap pesakit.

Beliau berkata, tindakan menyertai demonstrasi itu umpama mempertaruhkan nyawa pesakit dan memberi kesan kepada kerjaya doktor kontrak yang terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN: KP Kesihatan minta doktor kontrak tidak sertai demonstrasi

Tindakan tatatertib menanti pegawai awam sertai perhimpunan haram

Sebelum ini, gerakan Hartal Doktor Kontrak merancang untuk keluar beramai-ramai daripada fasiliti kesihatan tempat mereka bekerja di seluruh negara tepat jam 11 pagi Isnin.

Ia sebagai bantahan kerana tuntutan mereka untuk diserapkan ke jawatan tetap tidak dipenuhi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!