X

Kindly register in order to view this article
!

Tindakan tatatertib menanti pegawai awam sertai perhimpunan haram

Info grafik yang dikongsikan di Facebook KKM.
A
A

SHAH ALAM - Tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap pegawai awam yang terbukti terlibat dalam sebarang kegiatan perhimpunan haram selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993 [P.U.(A) 395/1993].

Unit Integriti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu info grafik di Facebook memaklumkan, larangan tersebut adalah seperti surat edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 30 Jun 2011.

Menurut maklumat tersebut, bentuk perhimpunan haram termasuk penglibatan aktif di luar masa kerja, menggunakan masa pejabat dan meninggalkan pejabat untuk melihat perhimpunan tersebut.

“Menggunakan peralatan pejabat seperti mesin cetak, mesin penyalin komputer untuk mencetak dan mengedar risalah berkaitan perhimpunan haram juga dikira terlibat sama,” jelas info grafik itu yang dikongsi di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Ahad.

Selain itu, berdasarkan peraturan 4(1), P.U.(A) 395/1993, seseorang pegawai awam hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan.

Peraturan 4(2)(a), (b) dan (c) pula menyebut pegawai awam tidak boleh membelakangkan tugas awamnya atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah.

“Syak ini apabila mereka telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai pegawai awam,” jelas info grafik itu lagi.

Pada 24 Julai, wakil Kumpulan Gerakan Hartal Doktor Kontrak, Dr Umar Baraka berkata, seramai 4,000 hingga 5,000 doktor kontrak seluruh negara dijangka menyertai protes yang dijadualkan berlangsung pada Isnin.

Beliau berkata, protes tersebut akan diteruskan memandangkan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung lanjutan khidmat kontrak kumpulan itu tidak memenuhi tuntutan mereka.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!