Trump, Jong-un bakal bertemu

Trump tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Hanoi,lewat petang semalam.
A
A

HANOI - VIETNAM. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang menaiki pesawat rasmi Air Force One, dilapor selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Hanoi lewat petang semalam.

Ketibaan Trump di ibu negara Vietnam itu bertujuan menghadiri persidangan bersama pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, bagi membincangkan isu berkaitan usaha nyahnuklear Pyongyang.

Jong-un yang tiba di Hanoi setelah mengharungi perjalanan jauh dari Pyongyang dan merentasi China, dijadual bertemu Trump dalam satu sesi ringkas sebelum menghadiri acara makan malam bersama.

Jurucakap Rumah Putih, Sarah Sanders, berkata, kedua-dua pemimpin akan ditemani dua pengiring dan penterjemah dalam acara berkenaan.

Kedua-dua pemimpin kemudian dijadual bertemu semula esok bagi memulakan perbincangan rasmi.

Pertemuan kedua Jong-un,Trump ini berlangsung susulan persidangan kali pertama yang dianjurkan di Singapura pada Jun tahun lalu yang menyaksikan kedua-dua pemimpin memeterai perjanjian ke arah kempen nyahnuklear di Semenanjung Korea. - Reuters

ARTIKEL BERKAITAN: Delegasi Jong-un selamat tiba di Hanoi


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia