X

Kindly register in order to view this article
!

31 pekerja asing ditahan Imigresen

Pekerja warga asing yang ditahan.
A
A

SEREMBAN - Seramai 31 pekerja warga asing ditahan dalam Ops Bersepadu diadakan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan pada Jumaat lalu di kawasan perindustrian Senawang.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri, Kennith Tan Ai Kiang berkata, operasi tersebut dilakukan setelah pihaknya menerima aduan dan melakukan pemeriksaan bersama pihak polis, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) pada jam 2.50 petang.

Katanya, operasi yang diketuai oleh PDRM dengan kekuatan seramai 30 orang itu, membuat pemeriksaan di sebuah kilang yang beroperasi di kawasan tersebut.

"Hasil pemeriksaan mendapati kilang tersebut memiliki seramai 245 orang pekerja warga asing yang terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal, Myanmar dan beberapa warganegara lain sedang bekerja.

"Pemeriksaan teliti dilakukan dan pihak kami berjaya menahan seramai 31 orang warga asing disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63 yang terdiri daripada 30 orang warganegara Bangladesh dan seorang warganegara India," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Tambahnya, kesemua mereka ditahan di Depot Imigresen Lenggeng kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c ) Akta Imigresen 1959/63 bagi tujuan siasatan dan pendakwaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!