X

Kindly register in order to view this article
!

Hospital Bukit Mertajam jadi hospital hibrid Covid-19

Terdapat 72 katil di HBM yang disediakan dengan paip oksigen khas untuk pesakit Covid-19. Gambar kecil: Dr Noor Hisham
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang menjadikan Hospital Bukit Mertajam (HBM) sebagai hospital hibrid Covid-19 bermula Ahad susulan peningkatan kes wabak tersebut yang memerlukan rawatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Ahad memaklumkan selepas perancangan dan persiapan rapi selama enam hari, hospital tersebut kini bersedia mengambil pesakit Covid-19 pertama pagi ini.

“Terdapat 72 katil dengan paip oksigen yang dikhaskan untuk pesakit Covid-19. Bilangan katil juga boleh ditingkatkan sehingga 120 katil jika keperluan bertambah.

“Ia juga dapat menerima pesakit hemodialisis yang dijangkiti Covid-19 memandangkan hospital tersebut dilengkapi dengan kemudahan hemodialisis di katilnya.

“Semua perkhidmatan kepakaran di HBM tetap diberikan meskipun kapasiti bagi disiplin pembedahan, obstetrik dan ginekologi serta pediatrik akan dikurangkan,” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, pesakit bukan Covid-19 akan dipindahkan ke pusat kesihatan di Hospital Kluster Seberang Perai sekiranya diperlukan.

“Terima kasih kepada pasukan HBM dan Edgenta Mediserve, HBM kerana menjayakan langkah yang diambil ini!” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!