X

Kindly register in order to view this article
!

Hampir 17 juta dos vaksin Covid-19 diberikan setakat Sabtu

Pasukan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan suntikan vaksin kepada penduduk ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Lanchang dan Pelancaran Bas Percuma Kegunaan PPV di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh pada Sabtu - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah pemberian vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dimulakan pada 24 Februari lalu sehingga Sabtu mencecah 16,904,896 dos suntikan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitternya berkata, setakat 11.59 malam tadi, jumlah keseluruhan populasi yang telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin adalah 5,397,826.

"Sementara itu, 11,507,070 lagi telah mendapat suntikan dos pertama vaksin,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Bagi vaksinasi harian, Dr Adham berkata, 417,738 dos diberikan pada Sabtu, merangkumi 284,672 individu menerima suntikan pertama manakala 133,066 penerima dos kedua. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!