Tiga lagi ahli Parlimen negatif Covid-19, seorang positif

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa; Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz masing-masing negatif Covid-19.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun didapati positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumahnya.

Sumber rapat kepada Ahmad Zahid yang dihubungi berkata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dijangkiti Covid-19 kategori satu dan tidak bergejala.

Dalam pada itu, Annuar dan Nik Mohamad Abduh masing-masing secara berasingan mengesahkan mereka negatif virus itu.