X

Kindly register in order to view this article
!

Berang durian 'dirompak' beruang

Sisa durian yang dimakan beruang di kebun di Renok B, Gua Musang.
A
A

GUA MUSANG - Pemilik kebun durian di Renok B, di sini berang apabila durian di kebun mereka seluas empat hektar 'dirompak' oleh seekor beruang.

Muhammad Noor Ibrahim, 80, berkata, situasi itu menyebabkan pemilik kebun berputih mata melihat hasil tanaman mereka itu dimakan dan dirosakkan oleh haiwan liar tersebut.

"Kejadian ini sudah beberapa kali berlaku dan terbaru ia berlaku pagi Jumaat apabila saya melihat kulit serta biji durian bertaburan di kawasan kebun.

"Berpandukan kepada situasi itu, saya dapati beruang tersebut akan mengumpulkan terlebih dahulu durian yang gugur sebelum mengopek dan makan raja buah tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, disebabkan itu, mereka takut untuk ke kebun mengambil durian kerana bimbang akan terserempak dengan beruang tersebut.

Dia berkata, ini kerana empat tahun lalu seorang penduduk pernah maut diserang oleh beruang di sebuah kebun durian.

Sementara itu, Mohd Zaid Ismail, 43, berkata, pada April lalu, beruang pernah muncul dan makan tumbuhan yang ada di rumahnya.

"Saya menyedari perbuatan tersebut disebabkan oleh beruang apabila melihat terdapat kesan tapak kaki di atas tanah.

"Sekarang musim durian dan ia muncul kembali, lebih-lebih lagi raja buah tersebut menjadi pada kali ini," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!