Polis Johor tumpaskan sindiket pengedaran dadah

Ayob Khan menunjukkan dadah yang dirampas menerusi serbuan di sekitar bandar raya pada Sabtu lalu.
Ayob Khan menunjukkan dadah yang dirampas menerusi serbuan di sekitar bandar raya pada Sabtu lalu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan lima individu termasuk seorang wanita dan merampas dadah dianggarkan bernilai RM2 juta.

Penahanan kesemua suspek yang dikatakan aktif sejak tahun lalu itu dilakukan di sekitar bandar raya ini pada Ahad membabitkan rampasan pelbagai dadah seberat 34.2 kilogram (kg).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi khas itu bermula jam 2.40 petang dan serbuan pertama menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun bersama sejumlah dadah.

"Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ketamin manakala hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Sabtu.

Ayob Khan berkata, susulan itu, polis seterusnya menahan dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 34 hingga 61 tahun bersama sejumlah rampasan dadah.

"Kedua-dua mereka positif dadah jenis ketamin manakala hasil semakan rekod mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

"Polis merampas 32.97kg serbuk ekstasi, 481gram (g) pil ekstasi, 300g pil eramin 5,375g ketamin dan 114g syabu," katanya.

Tambah Ayob Khan, dalam serbuan itu polis turut merampas dua buah kereta, sebentuk cincin emas, wang tunai RM8,830 selain menyekat sembilan akaun bank dengan nilai sitaan RM201,291.

Artikel Berkaitan:

Katanya, bekalan dadah yang dirampas dipercayai untuk pasaran tempatan di pusat hiburan dan parti persendirian.

"Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula Sabtu hingga 30 Julai untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati penjara seumur hidup yang mana boleh juga dikenakan sebatan," katanya.